Thursday, 14 March 2019

Tips Simpan Duit Bagi Pelajar di Universiti (Part time sambil belajar)

Asslamualaikum semua.

Memandangkan dah lama sangat dah aku tak tulis blog ni. Rindu nak bebel2 kat korang. Harini taknak cerita banyak.  Nak intro2 sikit ja. Nak share how to manage your own money. Jangan asyik meminta kat parent je. Hahahaha.

Aku pun macam korang gak lah. Masa awal2 masuk belajar dulu. ada la tak cukup duit minta bapak sikit buat belanja. Tapi aku fikir gak. Aku bukan dari family yang senang. So malas lah asyik nak minta2. hujung bulan ja minta pinjam.

So harini aku nak share sedikit tips kewangan and how to survive life kat universiti or survive in terms of your pockets. Ni apa yang aku buat dari since aku belajar sampai habis belajar. Kalau rasa bermanfaat dan mendatangkan kebaikan boleh ja follow. Kalau tak minat itsokayy. Hahahaha

Aku ni student under MARA. KAlau sebut anak MARA mesti dalam kepala otak kau cakap. "masyuk arhh anak mara ni. sebab masyuk la kau jangan membazir dik. Sebab bila anda berkelayakan dapat full loan MARA, yuran asing. Dan korang dapat duit pocket lagi Mara bagi. Macam aku degree Mara bagi RM700.Kalau yg lain aku tak tahu laa. RM700 bagi aku dan sangat cukup dah. Pepandai la jimat dengan duit tu. Boleh ja.

Masa aku Semester 1 aku tak kerja apa-apa lagi. Just buat dropship jual contact lens. Untung sebulan takdalah banyak pun. Boleh la dalam bawah RM100. So boleh la topup2 duit belanja aku. Tapi hujung bulan loan jugak dengan bapak aku sebab masa tu tengah tunggu approval loan Mara. Memandangkan time aku masuk tu 2015 macam tu tengah crisis Mara. So hampir-2 nak quit jugak la. Mujur keadaan kembali okay.

Then start semester 2 aku dah buat part time, aku ni jenis yang suka bekerja. Tak reti duit saja tunggu duit. Bosan yamatt. Aku cari2 kerja dapat la kerja key in data kat Menara TA One. 2 month ja contract. So boleh la untuk cover duit sebelum dapat Mara. Hujung semester 2 macam tu baru dapat approval Mara. RM4000 macam tu masuk account aku. Duit tu cover sara hidup masa semester 1 yang tak dapat. Banyak kan. Aku pegi bagi separuh dekat bapak aku. Yerla bayar balik loan-2 yang aku dok pinjam dia. Hahaha. Lebih duit tu aku beli laptop. Aku masa sem 1 mana ada laptop. Pakai PC campus ja buat assigment.

Start aku masuk semester 4, aku decide nak keluar hostel. Aku nak duduk rumah sewa sebab aku nak kerja senang. So aku dapat rumah sewa dekat dengan shopping mall. Best la aku. Boleh kerja. Aku kerja chicken rice. masuk sebulan tak ngam. Asyik kena kerja lebih masa ja. Tahu2 hujung bulan gaji aku macam aku tak kerja, RM100 lbh je dia bagi aku. Padahal aku kerja macam nak mati. Malas aku nak kecoh dengan manager tu walaupun aku tahu dia memang tak puas hati dengan aku. So aku resign.

Lepas pada tu hari-2 aku cari kerja , semua taknak pakai part time. nak fulltime ja. November 2017 , memang rezeki aku masa tu. housemate aku cakap tempat kerja dia ada kosong. nak pakai partime. Jual barangan silver. terus aku approve. masa aku kerja sini memang aku rasa masyukk lah. Aku kerja sabtu ahad . Buat 8 jam. pastu backup fulltime nak cuti. Sebulan boleh dapat RM500++
Campur Mara aku RM700. Sebulan income aku RM1200.
Start pada sini aku dah pikir saving. Dulu ada tapi aku tak banyak. Dulu masa aku sem 2 sampai 3 duit Mara aku akan saving dekat ASB aku. sebulan aku masukkan RM50 ja. Ada rezeki lebih aku masukkan RM100

Lepas aku dah stabil kerja part time aku dari November 2017 sampai April 2018. Sebab company dah nak tutup. Ni cara pembelanjaan aku masa aku kerja+belajar dulu
RM700 (Elaun Mara) + RM500 (Gaji)

Sewa rumah - RM167
Utiliti - RM10
Wifi - RM30
= RM210 (bulan-2 untuk rumah memang tolak ni dulu

So ada banyak lagi kan. Kau jangan membazir sangat. shopping sikit2 ja. Kita student. jangan pakai branded2. nanti kerja pergi la beli. Hahahaa.
Aku dulu kerja, bagi parent sikit. Tu wajib lah. Pastu aku masukkan dalam ASB. Menabung ja. Kecemasan boleh pakai. jangan gatal2 keluarkan kalau nak beli benda yang tak berfaedah.

Duit hasil tu aku dapat beli moto sebijik. Boleh la ulang alik pegi kerja.Tu harta first hasil dari duit aku . Bayar deposit 3k. Bulanan aku RM200. Dan insurans life aku RM150.
Tiap bulan aku kena keluarkan bayar semuanya RM510 untuk bayar semua tu. Dan alhamdulillah rezeki aku selalu ada. Rajin lah buat part time since study. Sebab final year lagi la. Kau tak banyak kelas pun. Masa kau banyak. Pandai-2 lah bahagi masa. Biar apa orang kata. Semuanya atas kau. Nak or taknak ja. Bagi aku kalau kita nak kan sesuatu. Usaha betul-2!

Tu jala nak story. Bye semuaa :D

Thursday, 25 October 2018

Cara Edit Gambar Guna Snapseed

Hii semua. Harini aku free sangat sangat so aku nak share dengan korang "CARA EDIT GAMBAR GUNA SNAPSEED".
Yes. mostly suka pakai apps ni kan? macam macam cara korang boleh buat. Senang dan puas hati.
First korang install dulu lah ye dekat Play Store or Apps Store korang.. Search je dekat Snapseed dekat apps store korang tu.



Actually depend pada korang laa nak edit cara macam mana pun. Ikut cara macam mana gambar tu korang nak, Tapi cara aku bagi ni more kepada nak terangkan gambar korang tu kalau gambar tu warna pudar or nampak suram ja. Korang boleh try cara aku. 

Kat bawah ni aku bagi cara macam mana aku edit ya. Boleh follow kalau korang rasa ohsemm sangatt tips aku ni. Hahaha 

Lepas dah download then masuk apps tu dan explore and cari perkataan Tool then click. And pakai step dekat bawah ni.

Tune Image
Contrast = +35
Saturation = +50
Ambiance = +50
Shadows = +30
Highlight = -30

Then click part Details 

Structure = +20
Sharpening = =20

And then adjust bahagian Vignette 

Outer Brightness= -75

Okay done! Simple je. Ni semua depend pada korang nak macam mana. Kalau nak lagi pekat warna tu boleh adjust bahagian Saturation. 

Ni gambar sebelum edit pakai snapseed. Pakai camera biasa ja.

Dan taraa. Ni gambar selepas edit.


I rasa okay lah kot macam ni. Hahaha. I suka mian main edit ni. Try and error katakan. Ikut pandangan mata korang. Kalau rasa cantik Okay laa. Kalau tak try adjust lagi. Sekiann :)


Monday, 12 February 2018

Kedai Spek Mata Murah RM60 Sungei Wang

Haii semua!

Sudah lama iolls tidak berbelog. Harini nak share pasal kedai spek murah.
actually murah dia tu maybe sebab tengah promosi. Or dia memang murah i dont know lahh. tapi time tu kebetulan i memang nak buat spek. And time tu tengah promosi CNY kaw kaw, Tapi kalau korang pergi Sungei Wang Plaza memang bersepah je kedai spek. Murah tu memang murah. Rajin rajin survey lah mana yang terbaik buat youallss.

Malam tu dah search dah kedai spek yang murah. Baca blog blog semua. Ramai cakap kedai spek murah dekat Sungei Wang. So pagi sabtu tu terus pergi cari mana kedai spek yang murah-murah. Memang banyak. Tengah promo time tu. So masuk ja Sungei Wang terus ternampak kedai ni. Nama kedai tu M-TREND. Level G.


Terjah ja masuk and tanya staff situ. Dia cakap bingkai sekali lens RM60. Kalau power aku bawah 800 dapat harga RM60. So aku ni sebab malas nak jalan cari kedai lain aku proceed jala buat spec kat kedai ni. Memang banyak gilaa jenis bingkai. Tak tahu nak pilih yang mana. Lepas pilih bingkai dia suruh aku tanggalkan lens. Yerlaa. Masa aku pergi pakai contact lens kot. So satu hal pulak nak biarkan setengah jam baru boleh check power mata. So ingat yer anak-anak, kalau nak pergi buat spec tu takyah la pakai contact lens. Nanti jadi macam aku. Tunggu lama lak baru nak check.
Hahaha.

Sempat snap gambar sambil2 tunggu nak check mata

Lepas setengah jam aku masuk bilik kecik untuk check mata and confirmkan power. Dah siap semua tu. Proceed untuk lens spec.

Ni aku terangkan jenis-jenis cermin mata yang korang boleh pilih dan yang terbaik untuk keperluan korang.

1) Blue coating
- Cermin jenis ni sesuai untuk korang yang jenis hadap laptop memanjang, nak hadap phone dan lain-lain. Sebab cermin ni ada lapisan tambahan pada cermin untuk tapis cahaya biru yang dipancarkan melalui laptop dan lain-lain. Thats why cermin macam ni sesuai untuk korang yang selalu buat kerja menggunakan laptop/PC. Dan harga dia agak mahal lah.

2) Cermin biasa
- Cermin macam ni if korang selalu hadap laptop macam aku ni boleh naikkan power kita lah.

3) Multicoated (MC)
MC ialah lapisan yang berada di bahagian atas atau bawah cermin. MC ialah lapisan yang memberi perlindungan kepada mata daripada silau dan memberikan mutu visual (penglihatan) yang maksima dengan memberikan kepuasan dari segi visual.

So lepas sesi consultation aku decide untuk ambik cermin yang paling mahal tu. Disebabkan aku ni selalu hadap laptop dan gadget2 tu. So apa salahnya melabur mahal sikit.
Total bingkai RM60 + lens + RM280
Goreng-goreng sikit mintak tawar dapat RM270. Proceed jaa.
Lastly i dapat my new spec. Taraaa. Huihuiii.




Sekian dulu my entri. Sampai ketemu lagi semua. Byeee :)

Tuesday, 28 November 2017

Diari Si Pemakai Braces : Sha & Braces

Assalamualaikum semua :)

Hai semua! Sudah lama tidak diupdate ini blognya. Today datang mood dan tengah free. Story harini nak share dengan semua pasal braces. Mana yang baru nak pakai ke and sedang memakai. Boleh share2 dekat komen. :D
Aku pakai braces sejak umur aku 19 tahun. Masa ni aku baru form6 atas. Sebenarnya tak terdetik pun nak pakai braces. Tapi disebabkan rasa gigi ni macam kedepan sangatt. So minta permission parents and terus buat checkup dekat Klinik pergigian Kangar. Ingat senang buat kerajaan? Korang kena bersabar gaiss. Bukan harini buat esok dia dah panggil. No no. Susah dan lama kena tunggu turn korang. Kalau nak cepat kena pergi swasta. Tapi beribu jugak la cost. So aku pilih kerajaan memandangkan cost yg murah. Memula pergi Klinik Kesihatan Kangar tu. Kena 3 kali pergi check. betul-betul dia puas hati dah bersih, baru dia buat surat refer ke bahagian Ortodontik untuk jumpa doktor pakar. So pastikan betul2 bersih yer anak2. Kalau selagi dia tak puas hati tu kau datang la banyak2 kali. Adik aku dah kena. Tapi procedure aku masa buat dulu just 3 kali je. Sekarang ni aku tak tahu macam mana.

Then bila kena refer ke Ortodontik terasa indahnya. Officially aku pakai gak braces. Tapi no no no. jangan bahagia dulu Sha! First jumpa doktor pakar Ortodontik 14 Sept 2011 dan lepas tu doktor Hany bagi consultation, process dia macam mana nanti, berapa cost nya. Okay, pasal cost dia aku dapat murah ja. RM 700 sebab aku still student sekolah masa buat braces ni. Jadi dapatlah murah. Kalau beribu tak mampu beta rasanya. Huhu. Lepas sesi consultation dan sebagainya doktor cek dan dia minta permission bapa or mak aku untuk sign surat untuk pakai braces. Tiada persetujuan tiada lah braces. jadi process nak sign tu pun makan masa disebabkan bapa aku meniaga so takdak masa nak datang teman aku and sign borang. Lastly bapa aku datang jugak dan sahkan yang aku boleh pakai. Haha. Doktor cakap nanti dia akan call untuk rawatan seterusnya. Okay sebelum terlupa. Pembayaran RM700 include semuanya. Jadi masa datang appointment  every month tu bayar lah. At least nanti bila nak bukak braces dah settle hutang piutang korang. Aku every month bayar RM50. Segala cost rawatan ditanggung sendiri oleh pihak aku. Hehe. So elaun MARA aku bulan2 bayar braces ja bulan2. Malas nak usik duit parent. .

    Belum pakai lagi tau 2011. Tunggu punya tunggu baru dia panggil pulak. Masa tu dah 2013 wehh. So you guyss yang baru nak pakai aku sarankan mohonlah awal. Kalau budak2 sekolah better masa korang form 2 or form 3 boleh la risik2 klinik nak pakai. At least takdalah dah tua macam aku baru boleh pakai. Aku dah Form6 baru dia panggil untuk rawatan braces. Baru rawatan ya. belum pakai lagi. Dia syarat nak dapat harga mampu milik adalah masa kau first buat rawatan nak pakai kau still student sekolah. Setahu aku kerajaan tak ambik budak lepasan sekolah. Jadi, rakan2 sekalian. Korang kena buat swasta lah kalau dah lepas had umur. 

Masa first pakai braces. 2014

Ni kad appointment aku sehingga sekarang
       Rawatan braces first dia akan cek gigi kita bersih ke tak. And then ambik acuan gigi, Xray gigi. Ambik gambar yer sebelum pakai braces. So sesi bergambar sekejap tengok struktur gigi sebelum pakai braces. Nanti lepas dah siap pasang braces ambik lagi tau gambar. So follow ja . And then sebelum pakai doktor akan letak getah biru celah gigi untuk renggangkan gigi. Sakitnya jangan cakap la. Sakit wehh. Nak makan susah. Baru pakai getah biru. belum pakai braces lagi. But beauty is pain right? So sabar :) Doktor tanya aku nak cabut gigi ke tak? kalau cabut kena 4 batang. Kalau taknak pun boleh. Boleh see resultnya macam mana nanti. Kalau tak da perubahan kita cabut. So kesimpulannya aku tak cabut gigi.

      And then appointment seterusnya, nurse call aku untuk datang pasang braces tu dia suruh iolls bawak berus gigi. Nak ajar cara berus macam mana nanti bila dah pakai. Sebab bila dah pakai braces, kena rajin lah sikit berus gigi. Jaga pemakanan dan jangan minum air manis2 ya adik2. Nanti tak cantik kejadian dia masa pakai. Mulalah sesi pemasangan braces. Dan nurse minta pilih getah gigi. Suka tau sebab ada colour2. Boleh pilih kalau stok tengah ada. Kalau tak tinggal lah colour2 yang tak cantik. tengok nasib la. Lepas pasang braces. Doktor ambik acuan gigi lagi. Then siapp!. Lalui lah kehidupan sebagai si pemakai braces. 
       First pakai jangan cakap wehh. Buruk sikit pandangannya sebab gigi kita kedepan lagi. Nak makan masa ni jangan la heavy2. Makan bubur je pun telan ja. Masa tu sabar kena ada. Aku sakit nak makan masa ni. So 2 minggu baru okay dan boleh makan macam biasa. Makesure jangan sampai besi tertanggal. Berus gigi kecik kena ada. Untuk braces. Senang nak gosok celah-celah gigi tu.Boleh beli dekat Watson or Guardian. Jangan malas jaga gigi bila pakai. Nanti efect dia tak cantik baru tahu! Haha.
        Masa tu doktor bekalkan lilin kecik untuk letak dekat besi. kalau kalau lah nanti tetiba besi korang tajam. Letaklah lilin. jadi takdalah luka nanti. Okay, sebelum terlupa. You guys yang pakai braces jangan jadi macam aku. Suka sangat minum air manis. Kalau boleh elakkan. Sebab bila kita kerap minum air manis atau minuman berkafein, nanti gigi korang akan jadi macam kotor2 sikit colour brown. Tak cantik kan? Sebab nak hilangkan benda tu kena tunggu nanti doktor akan bersihkan bila mana time nak bukak braces. Lama kan? Nak minum boleh tapi jangan jadikan sebagai rutin. Dan bila korang minum pastikan lepas minum bersihkan betul-betul gigi tu. Leceh kan pakai braces? tapi tu lah kena buat. Nak whitening masa pakai braces boleh tapi costnya kena keluarkan lagi. Jadi semua penjagaan atas kita ja si pemakai braces. Jaga betul-betul la.

Masa ni nak baru baru lagi pakai. So senyum macam ni jela. Sangkur braces.
Takleh senyum lebar2. Haha


Ni masa belum ada perubahan lagi. 2015 masa ni. Aku semester 1
Baru masuk belajar.


Gambar tu masa aku belum cabut 4 batang gigi lagi. Takda perubahan pun pakai tanpa cabut gigi sebenarnya. Perubahan ketara nampak lepas aku cabut gigi.

    Aku sambung rawatan dekat Klinik Pergigian Cahaya Suria pada tahun 2015. Doktor Zambri yang handle case aku ni. Masa ni aku study kl so kena rawatan disini lah. takkan nak ulang alik dari perlis ke kl yedokk. So segala surat menyurat dari Ortodontik Hospital Tunku Fauziah aku bwak ke klinik cahaya suria beserta acuan gigi aku. Benda tu memang kena ada. So follow jela.

   Rawatan diteruskan macam biasa, datang appointment pada tarikh yang ditetapkan. Sebulan sekali. Doktor akan check keadaan gigi, tukar getah gigi yang colour2 tu, tukar besi. Then settle! Bulan 12 tahun 2015 doktor Zambri tanya aku , " awak nak cabut gigi tak"? kalau cabut kena 4 batang. atas bawah. Disebabkan dia tengok keadaan gigi aku still tiada perubahan. jadi dia tanya samada aku nak cabut or tak. Kalau cabut kemungkinan cepatlah perubahan gigi berlaku. So aku agree. Then dua kali appointment datang untuk cabut 4 batang gigi tu. Masa ni semua aku buat sendiri. Pergi balik klinik dengan tren. jadi keadaan gigi yang baru lepas cabut dan terasa mulut membengkak disebabkan ubat bius baru lepas cabut gigi then kena hadap orang ramai. Malu nya masa tu jgn cakap. Tapi hadap jela.
Nasib masa tu takda apa yang komplikasi yang berlaku masa cabut gigi.

   Lepas cabut gigi, aku teruskan rawatan macam biasa. Tahun 2016 aku nampak perubahan gigi. Dah nampak teratur dari semasa ke semasa. Sangat puas hati. Dah lama bersabar. Dan sekarang 2017 aku dah puas hati dengan keadaan gigi walaupun belum buang lagi braces. Tapi perubahan gigi boleh nampak. Lebih teratur. Aku rasa dah boleh senyum tutup mulut. Haha. Sebelum ni nampak kedepan sikit kalau senyum. Doktor Zambri cakap tinggal sikit lagi then In shaa Allah dah boleh buang.


2017 - I dah semester 5
Masa ni dah nampak perubahan gigi. Dan banyak cabaran dia sebenarnya masa pakai braces ni. So korang kena banyak bersabar dan kena betul-betul jaga braces korang. Beauty is pain right? So kalau gigi dah cantik takyah la pakai. Ok? :)
Sebenarnya aku jadi sayang pulak nak buang braces. Dah sebati rasa. Hahaha. Tapi lama-lama nanti kena buang jugak. Hehe,  

Okay setakat tu jalah. Thanks sudi baca celoteh aku. Entri panjang kali ni. Bye semuaa.


 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.