Tuesday 28 November 2017

Diari Si Pemakai Braces : Sha & Braces

Assalamualaikum semua :)

Hai semua! Sudah lama tidak diupdate ini blognya. Today datang mood dan tengah free. Story harini nak share dengan semua pasal braces. Mana yang baru nak pakai ke and sedang memakai. Boleh share2 dekat komen. :D
Aku pakai braces sejak umur aku 19 tahun. Masa ni aku baru form6 atas. Sebenarnya tak terdetik pun nak pakai braces. Tapi disebabkan rasa gigi ni macam kedepan sangatt. So minta permission parents and terus buat checkup dekat Klinik pergigian Kangar. Ingat senang buat kerajaan? Korang kena bersabar gaiss. Bukan harini buat esok dia dah panggil. No no. Susah dan lama kena tunggu turn korang. Kalau nak cepat kena pergi swasta. Tapi beribu jugak la cost. So aku pilih kerajaan memandangkan cost yg murah. Memula pergi Klinik Kesihatan Kangar tu. Kena 3 kali pergi check. betul-betul dia puas hati dah bersih, baru dia buat surat refer ke bahagian Ortodontik untuk jumpa doktor pakar. So pastikan betul2 bersih yer anak2. Kalau selagi dia tak puas hati tu kau datang la banyak2 kali. Adik aku dah kena. Tapi procedure aku masa buat dulu just 3 kali je. Sekarang ni aku tak tahu macam mana.

Then bila kena refer ke Ortodontik terasa indahnya. Officially aku pakai gak braces. Tapi no no no. jangan bahagia dulu Sha! First jumpa doktor pakar Ortodontik 14 Sept 2011 dan lepas tu doktor Hany bagi consultation, process dia macam mana nanti, berapa cost nya. Okay, pasal cost dia aku dapat murah ja. RM 700 sebab aku still student sekolah masa buat braces ni. Jadi dapatlah murah. Kalau beribu tak mampu beta rasanya. Huhu. Lepas sesi consultation dan sebagainya doktor cek dan dia minta permission bapa or mak aku untuk sign surat untuk pakai braces. Tiada persetujuan tiada lah braces. jadi process nak sign tu pun makan masa disebabkan bapa aku meniaga so takdak masa nak datang teman aku and sign borang. Lastly bapa aku datang jugak dan sahkan yang aku boleh pakai. Haha. Doktor cakap nanti dia akan call untuk rawatan seterusnya. Okay sebelum terlupa. Pembayaran RM700 include semuanya. Jadi masa datang appointment  every month tu bayar lah. At least nanti bila nak bukak braces dah settle hutang piutang korang. Aku every month bayar RM50. Segala cost rawatan ditanggung sendiri oleh pihak aku. Hehe. So elaun MARA aku bulan2 bayar braces ja bulan2. Malas nak usik duit parent. .

    Belum pakai lagi tau 2011. Tunggu punya tunggu baru dia panggil pulak. Masa tu dah 2013 wehh. So you guyss yang baru nak pakai aku sarankan mohonlah awal. Kalau budak2 sekolah better masa korang form 2 or form 3 boleh la risik2 klinik nak pakai. At least takdalah dah tua macam aku baru boleh pakai. Aku dah Form6 baru dia panggil untuk rawatan braces. Baru rawatan ya. belum pakai lagi. Dia syarat nak dapat harga mampu milik adalah masa kau first buat rawatan nak pakai kau still student sekolah. Setahu aku kerajaan tak ambik budak lepasan sekolah. Jadi, rakan2 sekalian. Korang kena buat swasta lah kalau dah lepas had umur. 

Masa first pakai braces. 2014

Ni kad appointment aku sehingga sekarang
       Rawatan braces first dia akan cek gigi kita bersih ke tak. And then ambik acuan gigi, Xray gigi. Ambik gambar yer sebelum pakai braces. So sesi bergambar sekejap tengok struktur gigi sebelum pakai braces. Nanti lepas dah siap pasang braces ambik lagi tau gambar. So follow ja . And then sebelum pakai doktor akan letak getah biru celah gigi untuk renggangkan gigi. Sakitnya jangan cakap la. Sakit wehh. Nak makan susah. Baru pakai getah biru. belum pakai braces lagi. But beauty is pain right? So sabar :) Doktor tanya aku nak cabut gigi ke tak? kalau cabut kena 4 batang. Kalau taknak pun boleh. Boleh see resultnya macam mana nanti. Kalau tak da perubahan kita cabut. So kesimpulannya aku tak cabut gigi.

      And then appointment seterusnya, nurse call aku untuk datang pasang braces tu dia suruh iolls bawak berus gigi. Nak ajar cara berus macam mana nanti bila dah pakai. Sebab bila dah pakai braces, kena rajin lah sikit berus gigi. Jaga pemakanan dan jangan minum air manis2 ya adik2. Nanti tak cantik kejadian dia masa pakai. Mulalah sesi pemasangan braces. Dan nurse minta pilih getah gigi. Suka tau sebab ada colour2. Boleh pilih kalau stok tengah ada. Kalau tak tinggal lah colour2 yang tak cantik. tengok nasib la. Lepas pasang braces. Doktor ambik acuan gigi lagi. Then siapp!. Lalui lah kehidupan sebagai si pemakai braces. 
       First pakai jangan cakap wehh. Buruk sikit pandangannya sebab gigi kita kedepan lagi. Nak makan masa ni jangan la heavy2. Makan bubur je pun telan ja. Masa tu sabar kena ada. Aku sakit nak makan masa ni. So 2 minggu baru okay dan boleh makan macam biasa. Makesure jangan sampai besi tertanggal. Berus gigi kecik kena ada. Untuk braces. Senang nak gosok celah-celah gigi tu.Boleh beli dekat Watson or Guardian. Jangan malas jaga gigi bila pakai. Nanti efect dia tak cantik baru tahu! Haha.
        Masa tu doktor bekalkan lilin kecik untuk letak dekat besi. kalau kalau lah nanti tetiba besi korang tajam. Letaklah lilin. jadi takdalah luka nanti. Okay, sebelum terlupa. You guys yang pakai braces jangan jadi macam aku. Suka sangat minum air manis. Kalau boleh elakkan. Sebab bila kita kerap minum air manis atau minuman berkafein, nanti gigi korang akan jadi macam kotor2 sikit colour brown. Tak cantik kan? Sebab nak hilangkan benda tu kena tunggu nanti doktor akan bersihkan bila mana time nak bukak braces. Lama kan? Nak minum boleh tapi jangan jadikan sebagai rutin. Dan bila korang minum pastikan lepas minum bersihkan betul-betul gigi tu. Leceh kan pakai braces? tapi tu lah kena buat. Nak whitening masa pakai braces boleh tapi costnya kena keluarkan lagi. Jadi semua penjagaan atas kita ja si pemakai braces. Jaga betul-betul la.

Masa ni nak baru baru lagi pakai. So senyum macam ni jela. Sangkur braces.
Takleh senyum lebar2. Haha


Ni masa belum ada perubahan lagi. 2015 masa ni. Aku semester 1
Baru masuk belajar.


Gambar tu masa aku belum cabut 4 batang gigi lagi. Takda perubahan pun pakai tanpa cabut gigi sebenarnya. Perubahan ketara nampak lepas aku cabut gigi.

    Aku sambung rawatan dekat Klinik Pergigian Cahaya Suria pada tahun 2015. Doktor Zambri yang handle case aku ni. Masa ni aku study kl so kena rawatan disini lah. takkan nak ulang alik dari perlis ke kl yedokk. So segala surat menyurat dari Ortodontik Hospital Tunku Fauziah aku bwak ke klinik cahaya suria beserta acuan gigi aku. Benda tu memang kena ada. So follow jela.

   Rawatan diteruskan macam biasa, datang appointment pada tarikh yang ditetapkan. Sebulan sekali. Doktor akan check keadaan gigi, tukar getah gigi yang colour2 tu, tukar besi. Then settle! Bulan 12 tahun 2015 doktor Zambri tanya aku , " awak nak cabut gigi tak"? kalau cabut kena 4 batang. atas bawah. Disebabkan dia tengok keadaan gigi aku still tiada perubahan. jadi dia tanya samada aku nak cabut or tak. Kalau cabut kemungkinan cepatlah perubahan gigi berlaku. So aku agree. Then dua kali appointment datang untuk cabut 4 batang gigi tu. Masa ni semua aku buat sendiri. Pergi balik klinik dengan tren. jadi keadaan gigi yang baru lepas cabut dan terasa mulut membengkak disebabkan ubat bius baru lepas cabut gigi then kena hadap orang ramai. Malu nya masa tu jgn cakap. Tapi hadap jela.
Nasib masa tu takda apa yang komplikasi yang berlaku masa cabut gigi.

   Lepas cabut gigi, aku teruskan rawatan macam biasa. Tahun 2016 aku nampak perubahan gigi. Dah nampak teratur dari semasa ke semasa. Sangat puas hati. Dah lama bersabar. Dan sekarang 2017 aku dah puas hati dengan keadaan gigi walaupun belum buang lagi braces. Tapi perubahan gigi boleh nampak. Lebih teratur. Aku rasa dah boleh senyum tutup mulut. Haha. Sebelum ni nampak kedepan sikit kalau senyum. Doktor Zambri cakap tinggal sikit lagi then In shaa Allah dah boleh buang.


2017 - I dah semester 5
Masa ni dah nampak perubahan gigi. Dan banyak cabaran dia sebenarnya masa pakai braces ni. So korang kena banyak bersabar dan kena betul-betul jaga braces korang. Beauty is pain right? So kalau gigi dah cantik takyah la pakai. Ok? :)
Sebenarnya aku jadi sayang pulak nak buang braces. Dah sebati rasa. Hahaha. Tapi lama-lama nanti kena buang jugak. Hehe,  

Okay setakat tu jalah. Thanks sudi baca celoteh aku. Entri panjang kali ni. Bye semuaa.


2 comments:

  1. teringin jugak pakai braces. tapi takut. tengok orang pakai braces, cam eh, relax je. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal awal macam leceh sikit. banyak benda kena buat. nak makan pun tak selesa. kadang tu seminngu makan bubur ja sebab getah kuat lagi. lama lama pakai nanti dah biasa. kadang rasa sayang nak bukak braces.

      Delete

 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.