Thursday 14 March 2019

Tips Simpan Duit Bagi Pelajar di Universiti (Part time sambil belajar)

Asslamualaikum semua.

Memandangkan dah lama sangat dah aku tak tulis blog ni. Rindu nak bebel2 kat korang. Harini taknak cerita banyak.  Nak intro2 sikit ja. Nak share how to manage your own money. Jangan asyik meminta kat parent je. Hahahaha.

Aku pun macam korang gak lah. Masa awal2 masuk belajar dulu. ada la tak cukup duit minta bapak sikit buat belanja. Tapi aku fikir gak. Aku bukan dari family yang senang. So malas lah asyik nak minta2. hujung bulan ja minta pinjam.

So harini aku nak share sedikit tips kewangan and how to survive life kat universiti or survive in terms of your pockets. Ni apa yang aku buat dari since aku belajar sampai habis belajar. Kalau rasa bermanfaat dan mendatangkan kebaikan boleh ja follow. Kalau tak minat itsokayy. Hahahaha

Aku ni student under MARA. KAlau sebut anak MARA mesti dalam kepala otak kau cakap. "masyuk arhh anak mara ni. sebab masyuk la kau jangan membazir dik. Sebab bila anda berkelayakan dapat full loan MARA, yuran asing. Dan korang dapat duit pocket lagi Mara bagi. Macam aku degree Mara bagi RM700.Kalau yg lain aku tak tahu laa. RM700 bagi aku dan sangat cukup dah. Pepandai la jimat dengan duit tu. Boleh ja.

Masa aku Semester 1 aku tak kerja apa-apa lagi. Just buat dropship jual contact lens. Untung sebulan takdalah banyak pun. Boleh la dalam bawah RM100. So boleh la topup2 duit belanja aku. Tapi hujung bulan loan jugak dengan bapak aku sebab masa tu tengah tunggu approval loan Mara. Memandangkan time aku masuk tu 2015 macam tu tengah crisis Mara. So hampir-2 nak quit jugak la. Mujur keadaan kembali okay.

Then start semester 2 aku dah buat part time, aku ni jenis yang suka bekerja. Tak reti duit saja tunggu duit. Bosan yamatt. Aku cari2 kerja dapat la kerja key in data kat Menara TA One. 2 month ja contract. So boleh la untuk cover duit sebelum dapat Mara. Hujung semester 2 macam tu baru dapat approval Mara. RM4000 macam tu masuk account aku. Duit tu cover sara hidup masa semester 1 yang tak dapat. Banyak kan. Aku pegi bagi separuh dekat bapak aku. Yerla bayar balik loan-2 yang aku dok pinjam dia. Hahaha. Lebih duit tu aku beli laptop. Aku masa sem 1 mana ada laptop. Pakai PC campus ja buat assigment.

Start aku masuk semester 4, aku decide nak keluar hostel. Aku nak duduk rumah sewa sebab aku nak kerja senang. So aku dapat rumah sewa dekat dengan shopping mall. Best la aku. Boleh kerja. Aku kerja chicken rice. masuk sebulan tak ngam. Asyik kena kerja lebih masa ja. Tahu2 hujung bulan gaji aku macam aku tak kerja, RM100 lbh je dia bagi aku. Padahal aku kerja macam nak mati. Malas aku nak kecoh dengan manager tu walaupun aku tahu dia memang tak puas hati dengan aku. So aku resign.

Lepas pada tu hari-2 aku cari kerja , semua taknak pakai part time. nak fulltime ja. November 2017 , memang rezeki aku masa tu. housemate aku cakap tempat kerja dia ada kosong. nak pakai partime. Jual barangan silver. terus aku approve. masa aku kerja sini memang aku rasa masyukk lah. Aku kerja sabtu ahad . Buat 8 jam. pastu backup fulltime nak cuti. Sebulan boleh dapat RM500++
Campur Mara aku RM700. Sebulan income aku RM1200.
Start pada sini aku dah pikir saving. Dulu ada tapi aku tak banyak. Dulu masa aku sem 2 sampai 3 duit Mara aku akan saving dekat ASB aku. sebulan aku masukkan RM50 ja. Ada rezeki lebih aku masukkan RM100

Lepas aku dah stabil kerja part time aku dari November 2017 sampai April 2018. Sebab company dah nak tutup. Ni cara pembelanjaan aku masa aku kerja+belajar dulu
RM700 (Elaun Mara) + RM500 (Gaji)

Sewa rumah - RM167
Utiliti - RM10
Wifi - RM30
= RM210 (bulan-2 untuk rumah memang tolak ni dulu

So ada banyak lagi kan. Kau jangan membazir sangat. shopping sikit2 ja. Kita student. jangan pakai branded2. nanti kerja pergi la beli. Hahahaa.
Aku dulu kerja, bagi parent sikit. Tu wajib lah. Pastu aku masukkan dalam ASB. Menabung ja. Kecemasan boleh pakai. jangan gatal2 keluarkan kalau nak beli benda yang tak berfaedah.

Duit hasil tu aku dapat beli moto sebijik. Boleh la ulang alik pegi kerja.Tu harta first hasil dari duit aku . Bayar deposit 3k. Bulanan aku RM200. Dan insurans life aku RM150.
Tiap bulan aku kena keluarkan bayar semuanya RM510 untuk bayar semua tu. Dan alhamdulillah rezeki aku selalu ada. Rajin lah buat part time since study. Sebab final year lagi la. Kau tak banyak kelas pun. Masa kau banyak. Pandai-2 lah bahagi masa. Biar apa orang kata. Semuanya atas kau. Nak or taknak ja. Bagi aku kalau kita nak kan sesuatu. Usaha betul-2!

Tu jala nak story. Bye semuaa :D
 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.