Sunday 7 July 2019

Hadiah Kasut Airmax 97

Halluu hallu! Apa habaq semua..

Aku tengah-tengah boring dan mencari ilham nak bebel apa ni. Ok laa. nak cerita pasal hadiah besday lah. hihi. Alhamdulillah rezeki baru-baru ni dapat hadiah besday dari someone iaitu jeng jeng jenggg.



Airmax 97 colour purple. Nak beli pun kena mengumpul dia. Kesian dia. Huahuaa. Sad life ~
Tapi aku minat sebab colour dia cantik. Ni original Nike tau. Korang boleh ushar2 lah dekat butik barangan sukan. Situ memang barangan original. Dan harga pun have have jugak la. tapi kalau dah memang jenis pakai barang ori dia memang tak kisah. Macam aku belasah je pakai barang apa pun. Asal cantik. hahaha. Ni aku nak info beberapa tips yang korang boleh tengok dan tahu bila nak beli barang tu. Nak tahu barang tu ori or copy ori.

Apa perbezaan kasut original dengan copy ori ni??

1) DARI SEGI JAHITAN
- Kalau korang perhatikan dari segi jahitan. Original is dia punya jahitan sangat kemas ye.

2) MATERIAL
- Dari segi material is pulak, korang boleh tengok part jahitan, gam dia, dan tapak luar dan dalam. Dan original bila pakai dia akan rasa ringan dan selesa.

3) COLOUR
- Dari segi colour, kasut copy ori ada keluarkan colour yang banyak banding ori. Ori pulak ada keluarkan colour  setiap negara (limited). Bezanya adalah gred beza dari segi colour dan bentuk jenama melalui jahitan n cop.

Setiap negara ada keluarkan colour limited untuk ori. Copy ori dari China keluarkan colour selain daripada colour ori. Gred pulak colour dan bentuk yang berlainan. Copy dan gred ada keluarkn kasut yang bila dalam gelap ada cahaya

Itu la ada sedikit info. Hope korang faham apa yang aku bagitau ni. hahaha. Enjoy :)

Thursday 4 July 2019

First Day Masuk Universiti Kuala Lumpur

Hai. Assalamualaikum :)

Harini nak story pasal first day aku lapor diri dekat UniKL.
why aku pilih situ eh??

Aku lepas SPM apply gak UPU ni. Result tu boleh tahan la. Dapat 4A 5B 1D. tu masalahnya aku. bahasa Inggeris aku D, tak kredit. so susah nak dapat IPTA. Aku dapat tawaran masuk form6. So aku ni masuk la. Bidang Sastera. Ok la . Masuk ja belajar. Mungkin rezeki aku disitu. Banyak sangat ni redha. hahaha

Lepas 1 tahun setengah belajar. Aku apply sekali lagi UPU. untuk sambung ke peringkat degree. Aku dapat pilihan yang ke-8. Yang last. Problem yg sama. Masalah MUET aku. Tak berapa nak power. So rezeki dapat UPU. Alhamdulillah la. Aku dapat UNisza. At the same time aku apply gak UniKL. Tu pun sebab teman kawan aku si Yaya ni. Dia nak masuk Unikl. Kekonon nak sama-sama la. gituww. Hahah. Tapi tak sependapat sebab aku nak duduk dekat City campus. Tapi dia nak ambik Business. So tak bersama juga. Aku ni masa apply Unikl cita-cita aku nak duduk dekat city campus. Tapi nak jugak cari course yang besher2. Yang taknak full IT. Sebab campus aku tu memang IT. So aku terjumpa satu course ni, Business Technology Computer Entrepreneurial Management. Pikir punya pikir, boleh laa. Ada IT sikit, business sikit. Hahaha.

Aku masuk intake Sept 2015. So, aku ada dua tawaran. UniKL dan Unisza. Ayah aku cakap kalau aku pergi Unisza, ayah taknak hantar sebab jauh. Kalau setakat KL dia boleh hantarkan. kalau sana kau pergi sendiri. So cita-cita aku memang nak duduk bandar sebab mindset senang nak buat part time job. Hahahha. Memang kepala otak pikir duit ja. kihkih. Aku pun masuk unikeyel.

Angkut la askar2 p daftar dekat Unikl. Masa tu aku senang sebab kakak sulung aku belajar situ. So takda la noob sangat. ramai weh intake kali tu. Aku sorang sorang ja sebab si yaya tu masuk business school. Campus lain.

Takda kawan takpala. nanti ada la. Kepala otak pikir camtu. Masa daftar tu siap la duit dalam 1000++. Hostel+yuran lain-lain.
Pastu sesi bergambar. Nak letak dekat kad matrik. Menyesal wehh aku tak ambik gambar elok2. 4 tahun nak pakai,

Kad matrik aku

Hostel UniKL ni jauh sikit. Dekat Bangsar. So kena ulang alik la ke uni. Yang bestnya orientasi dekat ulu klang. Ok la. Fun. Geng takda lagi. So kawan jala dengan sapa pun. takda hal. Lepas dah settle proses registeration. Pegi ke hostel untuk daftar ke situ pulak. Dan lepas tu mak aku balik la. Tinggal lah daku menjalani kehidupan 4 tahun di Universiti Kuala Lumpur City Campus.

Seminggu orientasi dan masuk class. Bermula disitu aku dapat kenal kawan-kawan aku. Aku belajar benda baru. Even lain daripada bidang yang aku belajar masa form 6 tapi try lah. Alhamdulillah aku boleh follow. Dengan bantuan rakan2 class. Ok laa. Unikl is best.

Masa semester 1. Masa ni subject rakan Masjid. Ni classmate aku. 

Sekian lah setakat situ. nanti aku cerita lagi. :D
 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.