Thursday 22 December 2016

Muet Band 1 bukan penentu Kegagalan!

Assalamualaikum chuollss semua. My first entry ni. So taknak merepek pape just nak bagi kata2 semangat je ekceli.

Okay first. korang pernah rasa down tak bila sometime korang dapat result yg so bad even korang dah usaha sebaik mampu dah? Pernah tak dapat result muet band 1? and pikir nak berhenti belajar? Rasa diri korang tak layak masuk universiti? pernah rasa camtu kann.. down giler2 kan. Aku pernah lalui semua tu. Memang masa tu pikir taknak sambung belajar dah. Rasa diri ni tak layak nak dapat mana2 tawaran. Ok. Tenang.

Hakikatnya result muet bukan penentu ke mana kah kita lepas ni. Bukan penentu kita masuk universiti ke tak masuk. Sama jugak dengan duit. duit takde, kita tak boleh masuk universiti. Duit bukan penentu kita berjaya atau tak.. Bahagia atau tak.. Ada je orang kaya tapi dia terbaring sakit tak boleh bangun. Dia sama je konsep dia. Result muet band 1 ke band 4 ke, tu bukan penentu arah tuju kita jadi berjaya ke tak. yang penting adalah usaha ><

Tak semua orang yang berjaya, berjaya masuk U, berjaya belajar di Universiti, berjaya dapat kerja bagus2 adalah orang2 yang pandai berbahasa Inggeris :)

Gred atau result bukan segala-galanya bagi kita. Dan jangan pernah lupa rezeki pada Allah. Kita kan orang Islam, kena percaya dan yakin qada dan qadar Allah. Apa yang terjadi pada kita semua adalah ketentuan Allah. Hari ini kita gagal, tak semestinya hari esok kita gagal. Sebab tu dalam Islam yang penting adalah usaha, siapa yang berusaha, maka dia akan berjaya.. Kalau kita dan usaha tapi masih lagi gagal, percaya lah Allah belum beri kita kejayaan tu.. Allah akan beri kemudian hari yang mana kejayaan tu lebih cemerlang dari apa yang kita impikan sebelum ni. 


Kena ingat, rezeki tu milik Allah 100%.. Ada orang dia tak usaha pun tapi dia berjaya. Sebab apa?? Sebab Allah yang beri kejayaan tu. Sedangkan kita yang berusaha tapi kita tak berjaya. Sebab Allah tak beri kejayaan tu pada kita. Jadi tak perlu sedih dan kecewa pun kalau muet kita dapat rendah. Sebab tu ja rezeki kita.. dan percaya lah akan ada rezeki lain yang menanti kita. Kalau dengan kegagalan muet tu kita kecewa dan nak berhenti belajar, bagaimana kalau kita diuji dengan ujian yang besar?? Sebab muet dapat band 1 tu ujian kecil je dari Allah. DAN ALLAH TAK SUKA ORANG YANG BERPUTUS ASA!

Jangan putus asa dan jangan ajar diri untuk muda putus asa. Lagi, Allah suka orang2 yg berusaha. Sebelum kita nak mengalah, berputus asa, berhenti belajar, tengok muka mak ayah kita. Ingat balik pengorbanan mereka mula dari kita darjah satu sampai sekarang. Dan tengok perjalanan serta usaha kita selama ni. Tersangat rugi kalau kita sia2 semua tu.. Ingat balik sebelum ni kita pernah gagal, apa yg kita buat sampai kita mampu berjaya balik.. Jangan mudah mengalah.. Sikap kita hari ini penentu kita pada masa hadapan.

Jangan ambil ujian ini sebagai cabaran, cabaran untuk terus melangkah! Melangkah untuk berjuang capai cita. Sekian jee bebelan dari cikSyaa. ni semua penguat semangat tuk korang dan pengalaman dari cikSyaa sendiri.
 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.