Thursday 2 November 2017

Para Asean 2017 : Pengalaman Sebagai Volunteer

Haii semua. Salam Jumaat.

Sementara menunggu budak group assignment cikshaa nak share dengan korang semua pengalaman aku masa sukan asean haritu. Aku join volunteer masa sukan asean. Time sukan sea aku tak sempat isi nama sebab time tu tengah sibuk. So tak tahu pape. Dah ada peluang orang offer jadi volunteer sukan asean. Aku pun join la. Bukan selalu sukan ni akan ada. Kebetulan masa ni time cuti midsem seminggu. Cantikk! Takda lah rugi kalau tinggal class.

Sukan Asean beza dengan sukan sea sebab sukan para asean dikhaskan untuk golongan kurang upaya. Yang menariknya korang berpeluang tengok macam mana golongan seperti ini bermain. Dan korang akan rasa dan tengok betapa hebatnya mereka ni. Aku ditugaskan di bahagian Football 5A-Side atau bola 5 sebelah iaitu seramai 5 orang yang bermain. Nak ulas lebih-lebih tak tahu sangat pasal bola. Hahaha


Ni kit yang kitorang dapat. Beserta tali. Comel kan tali dia. Kalau Sukan Para Asean tali colour putih. Sukan Sea colour hitam. Ada rimau kecik di tali. So nampak cute ja.



Games football ni ada dua. Satu 7A side dan satu lagi 5A side. So aku dapat five. Hihii. Tempat aku dekat Stadium Hoki. Agak jauh dengan team2 yang lain . Kebanyakan semua di area Stadium Bukit Jalil. Team yang ditugaskan football 5A side hanya ada games tu ja di situ. Kalau nak tengok games lain kena menapak pergi sana. Leceh sikit. Games aku just 5 hari sahaja. Time start 8.30 pagi sampai 10.30 pagi. So tak lama sangat.

Hari first kitorang ada taklimat untuk sukan ni di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Dan pada haritu kami diajar bagaimana nak handle golongan istimewa ini. Jaga tutur kata, dan sebagainya. Itu sudah semestinya. Dan kemudiannya time tu diberikan baju dan sebagainya untuk dipakai pada hari sukan tersebut.

Baju oren sepanjang games berlangsung


Pengalaman sepanjang bertugas di bahagian ini sangat seronok dan memperlihatkan betapa hebatnya golongan seperti ini beraksi di padang. First time dapat tengok sebab sebelum ni aku tak pernah tengok. Team football bermain dengan menutup mata kerna semuanya masalah dalam penglihatan. Dan ketika mereka beraksi semuanya kena senyap sebab mereka boleh mendengar arahan dari coach diorang dan bunyi loceng pada bola itu sahaja. Hebat kan?? Bola tengok dekat Youtube kalau berminat nak tengok. 

Tahniah team Malaysia!

Hari pembukaan majlis dan penutup majlis, team football 5A side ditugaskan menjaga parking di Technology Park Malaysia (TPM). Hari yang sangat mencabar pada masa tu sebab start petang sampai tengah malam. Orang tersangat ramai. Shuttle bus membawa orang ramai yang parking kat situ ulang alik dari situ ke stadium bukit jalil. Dan setiap sorang dari kami kena lah gilir-gilir jadi usher membawa penonton ke stadium. Panas hujan kena lah hadap. Kita bekerja kan dan tu semua pengalaman yang entah bila kita boleh dapat pengalaman macam tu lepas ni. Sangat best!

Bersama coach dan akak teknikal

Itu sahaja coretan dari aku. Korang nanti kalau ada peluang macam ni join ja. Best dan pengalaman semua tu pada kita. Bukan selalu dapat join sukan besar macam ni. 2 tahun lagi dekat Filipina sukan sea akan diadakan. Okay , Bye semua! :)

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.