Thursday 21 September 2017

Pengalaman Laser Muka di Derma Master

Assalamualaikum. Welcome to my page everyone. Semoga semuanya sihat-sihat sahaja.
Cerita harini pasal rawatan laser.

Sebenarnya tak terfikir pun nak buat laser ni. Asalnya aku nak buat facial biasa je. Terjebak jugak nak try laser. kebetulan staff situ offer promotion untuk Steam Cell just RM 20 masa tu . Tunggu apa lagi. Tengah promotion. So deal and kena booking appointment. Book untuk esoknya kebetulan takda class.


Aku buat facial kat Derma Master kat Quill Mall ja. bersebelahan kampus aku. So dekat. Senang. Rumah pun dekat. Lepas set appointment and datang time tu terus start. Tak terfikir pun first tu nak laser. Asalnya nak facial biasa je. Lepas payment rm20 staff dan masa tu sesi consultation. Staff situ tanya aku. Nak try pakej Carbon Laser takk?Just tambah RM 35 lagi. Pikir punya punya oklahh. Boleh lah nak try. Tengan promo kann. Apa salahnya try. Staff situ peramah dan suka senyum. Cantik2 belako. 
Carbon laser ni bertujuan untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit dan memutihkan kulit. Sesuai la untuk hilang kan white head dan black head dan kulit yang sensitif.  

First before start rawatan.

Dia akan bersihkan muka kita. So korang kalau nak pergi rawatan muka ke apa tak payah lah pakai make up apa-apa. Pergi ja dengan muka original korang tu. Hahaha
Lepas tu dia picit-picit white head aku. Sakit wehh. Tapi beauty is pain right?? So tahan lahh. Haha
Lepas bersih muka apa semua dia akan pakai scrub dekat muka kita. Tujuan dia untuk mematikan kulit. Senang untuk proses selanjutnya. 

Lepas tu aku tak tahu dia buat apa lagi lepas tu. Dah tak ingat. 
Sekarang part laser. Yang ni aku ingat. 

First sebelum laser staff situ sapukan Numbing Cream. Numb Cream ni bertujuan untuk kebaskan muka dan kurangkan kesakitan masa laser. Sapu dan staff tu biarkan dalam 15 minit dan bersihkan.

Okay now bermulalah sesi menlaser. Time laser ni nak kata sakit takda la sakit mana pun. Rasa macam kena ketik semut. Pedih sikit-sikit gitu. Tahan jerla.

Lepas siap Carbon Laser, tadah muka sebab staff tu nak letak LED Phototherapy. Rawatan ini dilakukan untuk mengurangkan pigmentasi dan mencantikkan kulit. Biar dalam 15 minit. Benda ni macam topeng. Berlampu gitu. Hihiii

Lepas siap part LED, dia mask muka aku dan dibiarkan setengah jam. Rasa best je. Siap tertidur kauu. Hahaha

Siap mask , staff situ pakaikan mousturizer dan sunblock and DONE! :)

Bagi aku tak salah sekali sekala nak manjakan diri ni. Bergantung pada diri kita.
Staff situ cakap if aku nak betul2 hilang blackhead n flawlesskan muka kena buat banyak sesi lagi la laser. Tapi time tu duit tak berapa cantikk. Hahaa. Nanti aku buat calculation perbelanjaan bulanan. Kalau lebih2 boleh try lagi. Sangat best. Bagi sesiapa yang nak try boleh je pergi mana2 spa or klinik yang tawarkan pakej laser ni. 
Okay setakat tu sahaja. Thanks.


1 comment:

  1. Euromed is Multi-specialist Family Medical Center Dubai. We are one of the best Medical clinics in Dubai providing all types medical treatments including Psychiatry, Gynecology, Gastroenterology, Dermatology, Aesthetic Services and more. Call for the appointment +971 4 394 5422.
    Carbon Laser Facial Dubai Price
    https://goo.gl/SJ5Pji

    ReplyDelete

 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.