Monday, 11 September 2017

TGV Indulge Sunway Velocity : Pawagam TGV yang Eksklusif

Asslamualaikum. Hai semua.

Sapa sini kaki wayang? Angkat tangan! Hahaha. Actually aku nak story pasal TGV Indulge ni. Sebelum ni tak pernah tahu pun pasal TGV Indulge ni. Benda ni baru jer lagi. Tak ramai yang tahu. First tu aku nak try wayang biasa je. Beaniplex before this pernah try. Tapi aku tk story lagi. Nanti aku story pengalaman kat Beanieplax okayyyy.

Masa tu nak tengok cita American Made. Cari punya cari kat website TGV ni jumpa la Indulge. Nak gak try apa ni Indulge. Google gambar rupanya wayang baring2. Exclusive gilerr wayang ni. So yang ada movie yang kitorang nak tengok ni dekat Sunway Velocity je. Kitorang drive terus ke situ. Sampai sana kitorang nk beli tiket wayang biasa je masa tu kat mesin. Sebelum tu nak gitau korang, wayang kat Sunway Velocity ni beli kat mesin je k. takda orang pun kat kaunter.

So, pilih punya pilih kat mesin tu, abang bahagian TGV Indulge ni datang kat kitorang. Dia promote TGV Indulge ni. Masa pergi tu dia tengah buat promotion. Buy 1 free 1. Satu tiket RM55. Berpikir la kejap sebab kitorang menapak kat situ 6.30pm. Wayang Indulge untuk cita tu 9.30pm. Lambat sihh menunggu. Lastly aku decide nak try gak TGV Indulge. So proceed lah.

                              Ni tiket wayang tu. Class kau jahh. Siap ada sampul lagi

Lepas beli tiket dia cakap sebelum nak tunggu boleh lepak-lepak kat lounge dia dulu. Disebabkan nak try la so kitorang agree lah. Lepak2 tu order makanan.

                                                  Lounge di Sunway Velocity.




Suasana dalam lounge dia memang best. Damai je dengan music-music yang layan jaa aku. Kalau korang just nak lepak-lepak before tunggu wayang pun boleh. Nak makan dalam pawagam pun boleh. Layanan kat situ memang superb. Tapi range harga makanan situ around RM13 above. Agak mahal sikit. Makanan western. So pilih mana yang suka. Kalau taknak makan dekat lounge korang boleh suruh petugas situ hantar dalam pawagam. Aku makan situ je. Susah lah makan dalam pawagam. Sebab kita nak baring2 kan dalam pawagam tu. Better makan dalam lounge je. Bagi pendapat aku la.


Gambar ni aku google je k. Tapi dekat seat korang nanti dalam hall memang setiap seat ada ipad yang korang boleh order je makanan kat situ. nanti petugas akan hantar makanan. Best kan? You should try this. 

Setiap seat ada comforter. 

Bagi aku TGV Indulge ni best, nak santai-santai sambil baring2 tengok movie boleh la try. Aku kalau nanti ada bajet lagi memang aku nak try. Huhuuu. 
Setakat tu jer aku story. Bye semuaa. 

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.