Sunday, 24 September 2017

Part Time Kerja Data Entry

Assalamulaikum. Haii semua! Selamat malam.

Okay story malam ni aku nak story pasal pengalaman aku kerja sebagai kerani data entry. Job aku simple ja. Just masukkan data. Tapi takdak sesimple sangat pun kann. Ayat sedap hati ja tu. Haha

Macam mana aku boleh dapat job tu? Okay, aku buat job ni masa aku semester 2. Just part time. Kerja aku buat ni kontrak 2 bulan. Memang setiap tahun akan ada job. And bos yang handle bahagian ni aku bahasakan bro sajalah. Dia memang akan call sesiapa yang pernah kerja tahun lepas untuk tahun ni. Dia akan tanya samada nak kerja ke tak. Mulanya aku dapat tahu kerja ni sebab kakak sulung aku bagi tahu. Dia suruh aku try contact Bro tu untuk tanya job pasal ni. Then masa tu aku tanya. Kebetulan dia memang cari kerja untuk bulan 5 dan 6 tahun 2016. Masa tu aku semester 2. And kebetulan tengah last paper final exam. Lucky la time tu. Boleh terus kerja tu ja.

Last paper esok tu aku masuk kerja. Aku bab2 kerja hadap pc ni failed la tapi sebab kerja kan ku gagahi jua. Sebab masa tu dah start cuti sem 2 bulan. Nak melangut ja kahh. Baik aku kerja. Even kontrak 2 bulan aku just kerja 1 bulan lebih gitu ja sebab aku clash dengan exam lagi time tu. Untung jugak sebab kerja aku time tu before raya dah habis. So gaji tu boleh la buat belanja time raya kann. Aku menyewa dengan kawan aku dekat Plaza Rah sebab time aku duk hostel so bila cuti sem dah kena angkut barang. Mana nak merempat lagi. Tumpang ja rumah sewa kawan. Kebetulan dia kerja satu company dengan aku.

Kerja ni sehari 10jam kena buat. Rest sejam. Sejam dibayar RM10 tapi depend pada tahap kau buat kerja. Idk nak explain macam mana part dia berkurangnya duit gaji kau untuk sejam tu bila kau key-in lambat2. Sebab details dia aku tak save. Tapi masa aku buat job ni untuk satu bulan lebih aku just dapat RM 700. dan ada member2 aku yang boleh dapat lebih 1K. Depend pada tahap kelajuan kita key in data. Mulanya first aku masuk kerja aku blur lagi pasal ni. yang boleh tahu dia kira macam ni bila time nak balik tu. Bro tu bgtau yang aku kena upgrade tahap kelajuan aku key in sebab aku dah mencapai KPI (kalau tak silap) yang rendah. kalau aku nak gaji aku tinggi kena laju sikit key in data. Begitulah pesanan dia. Data sehari ikut la. tak silap aku ada 30++ ribu data kena key-in. Tapi sehari ramai la yang kerja. Takda la kau sorang ja. Key-in cepat2 lah. Data banyak wehh. Ada sehari tu data tak banyak so boleh balik awal. Dalam 4 pagi gitu. Happy bagi orang tapi malang bagi aku sebab aku takda transport nak balik. So melangut la situ tunggu sampai pukul 6 untuk LRT buka.

Tapi time kerja aku dapat shift malam. Mengantuk jangan cakap wehh. Masuk 9 malam sampai 6 pagi. 9 jam kau hadap pc.  Hari-hari keluar 9 mlm balik pagi. Job aku buat dekat Menara Ta-One. So hari hari ulang alik naik tren. Mujur ada public transport. So balik pepagi buta takdalah nak menggelabah cari transport. Mostly yang kerja tu student, tapi ada gak yang kerja office, siang kerja office malam diorang buat job ni.

So far, kerja ni memang best. Enjoy je. Cuma mata kau hari-hari hadap pc ja la. Tapi pengalaman semua tu. You guyss yang nak try job ni boleh la roger2. nanti ada kosong boleh kerja. Boleh la tambah duit poket kan. Huhuuu. Okay. Bye korangg

19 comments:

  1. rasa macam nak buat blog balik laa

    ReplyDelete
  2. hai saya setia membaca blig awaa hari harii

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana setia membaca blog saya.

    ReplyDelete
  4. salam nur syahidah job part time ni ada lagi tak..?cmne nk apply..? :)

    ReplyDelete
  5. Salam, Thank you for sharing your experience. Can i know how to apply this part time job?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. welcome. Act this job not available for this year. i dont know why. Sbb i ada contact org tu tya pasal job but takde respond. If dia call kitorang memang job tu available lah. tp kalau tade call means no job for this year. Setahun sekali je :)

      Delete
  6. salam sis, nak tanya. Data Entry ni kerjanya macam dia bg data just kita key-in ikut je or data yang perlu dicari ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. kerja ni nanti before kerja dia akan brief kita macam mana nak buat kerja tu. dah masuk office nanti semua data dah ada kat pc tu. means sehari dia provide 30k data untuk key in. so buat ja sampai habis. tapi ramai ramai lah.

      Delete
  7. eh klu nk krja ni boleh x?? mcm best je masuk 9 malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja ni every year. tapi depend pada company tu. kalau ada job dia akan panggil. kalau tak panggil tu means takda la. tapi sejak2 sekarang memang dah takda panggil dah utk job tu

      Delete
  8. Boleh tak kalau saya key-in data tu di rumah, then siap je terus email?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu tak boleh.memang kerja ni di office ja. but sekarang dah takda dah job ni. memang dia dah tak open dah. sebab kalau dia open dia akan inform.

      Delete
  9. asslamualaikum, nak tanya kerja nie masih open ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email sy klu nak admin/ kerja data- ellena2607@gmail.co.

      Delete
    2. Rene wahid21 September 2019 at 01:54

      Boleh email sy klu nak admin/ kerja data- ellena2607@gmail.com

      Delete
  10. Ayo Raih Ratusan Juta Rupiah... Bandar Sabung Ayam Online Terbesar dan Terpercaya di indonesia, Kunjungi Website Kami Di Ayo Daftar Disini Sekarang Juga untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda.
    Hubungi kami di WA: +62-812-2222-995 & Telegram : @bolavitacc

    ReplyDelete
  11. macam mana ya nk apply kerja macma nie ?

    ReplyDelete

 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.