For today aku nak share macam mana cara aku dapat pengurangan MARA. Since ramai dm aku dekat ig tanya macam mana, So aku share sini lah. Senang nanti untuk generasi akan datang.
Alhamdulillah aku baru saja konvo baru-baru ni. Dan lepas saja aku konvo aku terus proceed untuk permohonan pengurangan Mara. PERHATIAN! kena convo dulu tau baru boleh buat pengurangan. Even korang dah habis belajar awal pun still tk boleh buat pengurangan sebab nanti kena scan Scroll yang korang dapat tu. So pastikan convo baling2 bunga dulu yer!
Memandangkan my mom dah bising2 suruh settlekan semuanya jugak. Permohonan aku pada bulan November dan baru2 ni bulan December dah tahu jumlah perlu dibayar. Just 1 bulan sahaja tempoh menunggu. Total pinjaman aku untuk Degree berjumlah RM89++++ dan jumlah perlu dibayar cuma RM22++++. Alhamdulillah sangat2. Tak perlu bayar banyak2. Jom aku ajar korang step by step!
Sebelum tu korang ada eBaki tak? Function eBaki ni untuk korang check berapa total korang dah pinjam dan sebagainya. Hope yang belum ada tu daftar lah siap2 okayy. Kat bawah ni page eBaki. Korang boleh click link yang aku bagi untuk masuk website eBaki.
Ni korang boleh tengok situ jumlah pinjaman since 4 tahun aku belajar. Banyak sangat nak dibayar. Dan kena bersyukur Mara bagi pengurangan sangat2 banyak.
Jadi untuk sesiapa anak MARA. Korang masa study tu belajar betul-betul. Score semuanya. Dean list every sem tu ambik. Jangan bagi orang! Haha. Sebab makin perform korang punya pointer,makin less lagi total yang korang kena bayar. Bertuah jadi anak Mara ni. Ni aku share dengan korang update terkini pasal peratus yang Mara bagi mengikut pointer korang. So boleh la calculate siap2. :)
Kadar Pengurangan MARA mengikut Pointer (Update Terkini)
3.5 and above: bayaran balik 15% dari total pinjaman
3.0-3.49: bayaran balik 20% dari total pinjaman
2.5-2.99: bayaran balik 25% dari total pinjaman
2.0-2.49: bayaran balik 30% dari total pinjaman
CARA APPLY PENGURANGAN MARA
1) Photostat scroll dan transcript korang. Nanti minta Pengetua sekolah pun okay untuk cop sahkan.
Bagi budak MIIT. Korang boleh pergi level 3 dekat campus MIIT tu, cakap dekat diorang nak buat pengesahan. So nanti tahu lah diorang nak pengesahan dari siapa. Tak perlu nak susah2.
*makesure korang scan tu bagi betul-betul clear ye untuk mengelakkan sebarang kesulitan masa proses nanti*
Dah settle pengesahan semua scan save dalam pc/laptop untuk upload dalam eConversion nanti.
2) Dah scan masuk pc korang masuk website ni http://online06.mara.gov.my/econversion/index.php?mtd=signin dan log masuk.
ID dan password cuma guna id and password eBaki korang sahaja! Sebab nanti korang nak cek permohonan lulus atau tak melalui eBaki untuk check status.
Website eConversion |
Masukkan IC korang dan password account eBaki korang okay! |
Contoh macam ni |
4) Sebelum tu pastikan korang dah bayar bayaran komitmen RM300 dulu ya. Seperti yang tertera pada website eConversion.
Macam ni |
5) Seterusnya upload lah dokumen korang (Scroll,Transcript dan resit pembayaran rm300 tu)
Macam aku cakap diatas tadi. Masa scan tu pastikan betul2 clear yaa!
Macam aku masa scan tu aku jadikan scroll dan transcript satu file jaa. So its up to you lah nak asing or satukan. Boleh jee. Takda masalah.
Dah siap upload jadi macam ni. |
6) Dah settle click "SELESAI". Dan nanti korang boleh check dulu ada salah ejaan dan sebagainya, boleh edit dulu yaa. Boleh check status pada bahagian kotak kanan sekali tu samada dokumen korang level lulus dan sebagainya.
UNTUK KAEDAH PEMBAYARAN
Korang boleh payment melalui apps Mara. Boleh search MARA EPS pada playstore korang dan download. Dah download nanti daftar dan buat kaedah pembayaran melalui situ. Nanti bukti pembayaran save untuk upload dalam eConversion.
Download apps ni |
Nanti rajin2 lah bukak eBaki untuk check status permohonan korang. Jadi jangan tangguh2 lagi untuk bayar. Buat lah secepat mungkin okay!
If tak faham apa2 boleh terus dm aku dekat ig.
Thank you sudi membaca page ciksyaa!
Assalamualaikum. Akak nak tanya dulu masa akak mintak pinjaman mara tu, berapa lama permohonan tu diproses?
ReplyDelete