Wednesday, 12 June 2019

Internship di TM

Asslamualaikum, Hi you all. Rindu aku tak? :D

Rasa dah lama sungguh aku tak update blog ni. Betul tak menyempat la sistur nak merapu. Sebab mood bekerja. Balik kerja nak membongkang (tidur) , and weekend lak nak berdating. Huahuaaa. Tapi sekarang habis intern aku tengah jobless ni. Takde ke kerja kerja kosong bagi aku??? huhuhuuu

Ok sebenarnya nak cerita ni,

Awal tahun 2019 tu aku dapat panggilan praktikal di Telekom Malaysia Berhad. Dekat Bangsar. Ramai tanya aku, macam mana dapat situ? opkos la minta awal2. Macam aku 2 bulan lagi nak dekat internship tu, time2 tengah sibuk FYP2 tu aku dah apply banyak company dah. Sebab tak semestinya on the spot dapat sebab bukan kau sorang nak intern ok. So minta je awal.

Apply internship dekat sini https://www.tmcareer.com.my/

Aku dapat emel dari TM dalam bulan 12 macam tu. Mengatakan aku dapat offer internship situ. happy tak terkata lah. Rezeki aku barangkali yaa. Dia bagi aku masa untuk reply panggilan tu dalam masa 7 days.

Offer letter aku

Aku dapat dekat menara TM tu, then pergi la lapor diri hari isnin tu. Intern aku dekat level 44. First day aku jumpa Puan jamilah. Dia supervisor internship aku. Disebabkan masa tu ada budak intern lain unit tu so table utk aku takda la. So aku share la table dengan akak sebelah tu. First day dok lepak je hokeyy. kerja takda pun. Masa first aku lapor tu, sv aku bawa jumpa bos. Ok la, my bos sangat baik, peramah. Then aku jumpa team work aku. Aku intern dibawah Partner Management Unit Level under Product and Marketing department . Floor tu act share dengan department lain. So ada dua department floor aku tu. Meriah dan best laa. Allowance untuk degree RM500 dan diploma RM300. Ok laa. Plus dengan Mara elaun aku dah cukup sangat tu.

Mostly department product and marketing adalah manager. So mereka so busy like meeting lah apa laa. Clerk hanya bebrapa orang sahaja. Dan aku suka akak2 situ. Diorang baik lepastu suka buat makan2. Jimat la duit student macam aku ni. Kerja situ bawak laptop ok. No provided pc. Sebab situ memang staff2 dia pakai laptop ja. Masa dekat offer letter nanti pun dia nyatakan bawak laptop. So bawak. Hari2 kena bawak. Kerja semua guna laptop

Yang bestnya supervisor aku best giler, dia macam mak aku. Sempoi. Dan aku panggil sv aku dengan panggilan mak je. Semua orang situ panggil sv aku mak. Dan dia dah nak retired dah 2 tahun lagi. So sape dapat intern dekat floor aku under mak. Korang memang lucky laa. Mak best giler. Akak2 manager team aku pun baik giler.

Part kerja pulak dunt worry babeh kalau dapat unit aku ni, kerja paling santai laa. Kalau korang intern company besar macam ni. Job scope korang terhad sikit la. Korang just buat kerja itu jaa. No need utk try semuanya. Company kecik kemungkinan la merasa semua kerja. Kerja aku handlle invoice, process data dalam invoice yang sampai daripada pihak partnership. Itu je 4 bulan aku buat. Aku handle invoice di bawah manager Kak Jihan. Kak JJ baik dan comel orgnya. Dia suka bagi tunjuk ajar. Tak faham tanya je akak2 situ. Diorang akan ajar. 

Intern situ korang akan busy time awal bulan and tengah bulan je. Hujung bulan tu macam duduk lepak je. Tapi aku tak lepak ok. Kau internship jangan kerja lepak je. pergi la settlekan logbook ke buat report ke. Takdela nanti jadi kelam kabut. Aku suka siapkan semua tu kalau time  hujung bulan time kerja takde tu. Free2 pergi jela tawaf menara tm tu. Hahaha. Hobi masa intern dekat tm.

Setiap 7hb dan 14hb setiap bulan aku paling suka. Sebab time tu kena submit invoice dekat Business Finance level 54. So dapat naik ke puncak. Sambil tu jalan2 la tengok. Lepas ni belum tentu dapat masuk situ lagi. So ukur jela bangunan satu TM tu. Masa sangat flexible la situ. Tak stress. Santai je. 

Kadang2 sv aku minta tolong aku update data ke system. Banyak la aku belajar situ. Mostly main dengan Excel. tu skills korang bila nak kerja nanti. Belajar je semua masa internship. 4 bulan aku kat situ sangat2 best dan aku belajar banyak benda kat situ. 

Cuma internship dekat situ tak diserap bekerja lah. So, apply lah kerja siap2 ye masa intern tu. 

Itu je la kot nak cerita. Apa2 tanya je aku dekat comment ye. Kalau aku tak balas boleh dm aku dekat ig. Fast reply situ. :) Bye korangggg

Ni tempat kerja aku. Comel tak? Hihi



4 comments:

  1. Hmmm susah eh Tm nak serap kerja ? Intern nanti plan nak apply situ tapi under IT managemenet. Btw thanks share pengalaman :)

    ReplyDelete
  2. kenapa eah sy click link tu asyik "This site can't be reached" je. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon sama tahu ii keluar berita pasal astro awani

      Delete
  3. nak tnya dkt offer letter tu kan dia ada tulis allowance akn diberi kalau cgpa 2.7 and above..cgpa yg dia mksud kn tu maksudnya pointer masa kita apply tu ke atau pointer kita masa kita tgh intern? i mean sblm kita intern msti la kita akan ada final exam apa sume tu kn..i hope you understand my words

    ReplyDelete

 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.