Friday, 11 August 2017

First Day : Kerja Part time di Chicken Rice Shop

Assalamualaikum. Hai semua! Terima kasih kerana sudi singgah kat blog cikshaa ni. Ok now my first entri pada pagi yang indah ni cikshaa nak share first day cikshaa kerja Chicken Rice Shop. CRS mana? rahsiaa. hehe
Memandangkan semalam cikshaa masuk kerja so nak story sket laa pasal semalam. Cikshaa buat part time ja. Elaun yang ada bukan tak cukup, sometime kita nak pakai duit untuk kegunaan lain. Takkan nak mintak parent je kan memanjang. Malu lah. Selagi ada kudrat, selagi mampu dan pandai manage masa belajar ngan kerja. Buat lah. Mak aku selalu pesan, "kita bukan orang senang, bila takda duit mintak mak ayah, so kalau hang nak kerja, kerja lah, mak tak halang. Asalkan pandai bahagikan masa". Love you makk!

Gaji part time situ dia bayar rm4.81 sejam (kalau tak salah la).  Okay dah!

Cikshaa dapat panggilan pada hari Isnin untuk masuk kerja. Miss tu call dia cakap "awak masuk kerja hari Jumaat ni ok. Pakai tudung putih, seluar hitam, kasut hitam, baju kitorang sediakan", masuk pukul 6 petang ok". Begitulah dia suruh cikshaa datang masuk kerja haritu. First nak masuk kerja hari Jumaat tu berdebar-debar rasa nih, yerla tak pernah kita kerja company besar macam ni kan, Lepastu kita tak tahu kawan2 sekerja, manager macam mana. Dengan semangatnya cikshaa mintak la advice kawan2 yang selalu part time ni. Diorang cakap buat je apa yang diorang suruh nanti. Okay!

Pukul 5.45 ptg cikshaa dah gerak ke tempat kerja. Pergi awal takpe. Hilang sikit rasa nervous tu. tepat sampai sana pukul 6. Mujur la time cikshaa sampai tu customer tak ramai.Kalau tak macam orang bodoh jugak menunggu lama kat situ. Masuk je restaurant tu cikshaa terus jumpa manager. Kebetulan dia ada kat meja tu. Rupanya staff situ panggil manager tu gelaran Miss, aku bantai je panggil kak awal2 tu. Hahaha. Lepas jumpa dia. Dia bagi baju, apron and name tag. Dia suruh aku pergi tukar baju.

                                         Ni apron dan tag. Still trainee. Tak official lagi kann

Lepas dah tukar pe semua tu aku pergi la menapak balik situ. First dia ajar aku macam mana nak punch card . Nasib dia ajar. Buatnya dia suruh aku punch sendiri. mau penuh card tu aku cop. Aku dah la tak pernah buat buat benda macam tu. Lepastu staff situ panggil aku suruh aku lap sudu. Ada teknik dia tau lap sudu. Dengan cara yang cepat. Haha. Aku ingat sukati jer lap dengan cara sendiri. Nasib aku tak baik wehh masa tu. Customer macam banjir je masuk. Ramai giler. Aku ni dah menggelabah. Semua staff tengah busy. Aku ni dah tak tahu nak buatpa. So manager tu suruh aku pergi ambik bekas angkat pinggan kotor atas meja tu. Lepas pada tu dia ajar aku camna nak take order kalau cust request. Dia ajar aku nak tekan2 screen tu untuk send order kat bahagian kitchen. Angkat order lah. Satu-satu aku kena kenal nama makanan. Pergi bahagian kitchen. Tgk resit and makanan dalam dulang tu. Kalau dah complete angkat jer letak kat table yang dinyatakan.

So far, Aku boleh la follow sikit2. Lepas dah okay sikit dia suruh aku jaga bahagian depan. sambut customer. macam2 lah aku buat first day tu dengan hadap customer yang macam2 ragam.Cuma part ambik order and cashier ja aku belum belajar lagi. Kena belajar lagi. Sebab time customer tengah ramai kadang diorang nak bayar takde yang jaga. So staff situ kena tahu buat semua benda. Slow-slow belajar. Nama pun baru lagi kan. Bagi aku kerja situ memang kena sabar dan tahan mental fizikal. Penat tak payah cakap laa. Tambah bila kena part closing. Kena mengemas lah. Kedai dah nak tutup. Customer tak balik lagi. Satu hal menunggu diorang. Yerla kita nak clear meja nak cepat balik. Diorang boleh pulak sembang pasal masa depan kat situ. Sabar kena banyak. Settle lap meja mop apa semua tu dah boleh balik. Before balik tu tugas aku lap sudu garfu and susun dalam bekas ayam tu. Makanan situ tak boleh bawak balik. Nak makan, makan jer situ.

Okaylah setakat tu lah aku cerita. Nasib la aku buat part time. So 6 jam je nak penat. tu time training je k. Lepas tu akan jadi 8 jam. sbb part time kau tak boleh lebih dari 8 jam. Rest sejam. Pengalaman semua tu. Best memang best. Tapi kena sabar dan kuat mental fizikal. Okay. Thats all. I need to rest. petang i masuk kerja. Huhuuu. Semoga dipermudahkan. Aminn. Bye koranggg.

15 comments:

  1. kalo fulltime gaji brp ye? ada elaun x utk staff fulltime? dan gaji manager brp

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau fulltime basic rm1100 mcm tu la. ada ot, service caj, elaun kedatangan. kalau dtg full dpt la elaun kdtgn. manager tak sure gaji berapa.

      Delete
  2. Nk information sikit. . If u don't mind can I contact u or u contact me... please

    ReplyDelete
  3. Baju dan tudung kene masuk dalam ke (tie in)

    ReplyDelete
  4. yess dear. baju masuk dlm. tdung pun.

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya seluar hitam tu boleh pakai apa apa jenis ke cth seluar trek

    ReplyDelete
  6. KASUT TU KENE PAKAI JENIS YANG KASUt MACAM MANA YA ?

    ReplyDelete
  7. KASUT TU KENE PAKAI JENIS YANG KASUt MACAM MANA YA ?

    ReplyDelete
  8. KASUT TU KENE PAKAI JENIS YANG KASUt MACAM MANA YA ?

    ReplyDelete
  9. KASUT TU KENE PAKAI JENIS YANG KASUt MACAM MANA YA ?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.