Wednesday, 23 August 2017

Vitamin C Pharma Pahang the best!!

Asslamualaikum. Haii gaiss. Lama cikshaa tak menaip. Harini rasa free sket. Busy ngan korjaa katakan. Okay harini tetiba sampai mood nak story sikit pasal vitamin C yang cikshaa pernah try. Jenggg jengg. Vitamin Pharma Pahang. Korang pernah dengar tak?? Sekarang tak famous sangat dah. sebab dah banyak product2 supplment lain yang naik. So vit ni agak tenggelam.

Okay, ni first supplement yang pernah aku try. Masa tu aku baru lepas STPM. Baru rasa nak jaga penampilan diri masa tu. Masa tu takyah cakap la kulit aku masa tu. Seriusly aku memang gelap zaman sekolah. Yerla. hari2 ulang alik ke sekolah,class dengan panas2. Banyak dgn moto la masa tu. Mana pandai bawak kereta lagi. So my life dengan motor. Panas hujan tetap motor je peneman aku. So gelap dia takyah cakap. Bila aku dah habis spm aku tak rasa lagi nak makan pape supplement. Just consume product collagen. just muka jerla putih sekejap. Lepas pada form 6 aku kerja dekat tadika pasti. Masa tu aku rasa macam nak try makan supplement. Scroll punya scroll terjumpa la seorang akak ni. Dia jual vitamin pharma pahang. So aku baca blog2 semua cakap supplement ni okay. So aku pun nak try. Aku pun order lah. Beli masa tu harga rm55 (1000mg).

Bila kita makan apa-apa supplement sekalipun mesti kontra dengan air k gaiss. Paling kurang pun sekurangnya 2 litre kau kena minum. Nak cantik kann? Kena usaha beb. Aku consume masa tu 2 botol je. Hari-hari 3 liter air aku minum. Nak kencing tu takyah cakap laa. Tapi better banyakkan minum waktu siang. Kalau tak habis laa malam tu. tak tidur jawabnya. 1 botol tahan 3 bulan. Dalam tu ada dalam 90 kapsul tak silap. Hari2 aku makan sebelum tidur. Tapi kann Yang bestnya lepas habis sebotol mak aku tegur. "Eh eh dah nampak cerah dah sekarang tangan pa semua" " Makan apa jer?". Akak-akak aku pun nampak perubahan kulit aku masa tu. Kita memang tak perasan perubahan tu. Yerla. Aku makan jer hari2. Sebab masa consume tu aku rasa aku dah macam tak lesu badan, kalau demam kau takyah la g beli ubat luar. Kalau masa tengah consume vit tu just kau makan je vit tu. In shaa Allah esok or lusa demam kau kebah. Dia macam protect badan kau dari saki2 sikit macam tu. Seriusly aku tak tipu. Best la vit ni. Ni memang first supplement yang aku respect. Tangan aku memang nampak perubahan yang ketara giler, Nampak cerah dari sebelum ni. 

Ni gambar vitamin yang aku makan.Googlr je.

Aku just consume 2 botol je. Tapi korang kalau nak putih minum je air masak. Minuman berkafein ni stop je. Bila ada effort nak kulit lawa. And korang buat betul2 In shaa Allah berkesan. Usaha tu penting. Lepas pada tu aku stop sebab masa tu dah pokai. Tak mampu nak order lagi dah. Hukhukk. Aku takda gambar before and after lepas makan vitamin ni. Semua dah hilang. Sedihh. Okay lah gaiss. Nanti aku story yang lain pulak. Bye korang :) :)

Friday, 11 August 2017

First Day : Kerja Part time di Chicken Rice Shop

Assalamualaikum. Hai semua! Terima kasih kerana sudi singgah kat blog cikshaa ni. Ok now my first entri pada pagi yang indah ni cikshaa nak share first day cikshaa kerja Chicken Rice Shop. CRS mana? rahsiaa. hehe
Memandangkan semalam cikshaa masuk kerja so nak story sket laa pasal semalam. Cikshaa buat part time ja. Elaun yang ada bukan tak cukup, sometime kita nak pakai duit untuk kegunaan lain. Takkan nak mintak parent je kan memanjang. Malu lah. Selagi ada kudrat, selagi mampu dan pandai manage masa belajar ngan kerja. Buat lah. Mak aku selalu pesan, "kita bukan orang senang, bila takda duit mintak mak ayah, so kalau hang nak kerja, kerja lah, mak tak halang. Asalkan pandai bahagikan masa". Love you makk!

Gaji part time situ dia bayar rm4.81 sejam (kalau tak salah la).  Okay dah!

Cikshaa dapat panggilan pada hari Isnin untuk masuk kerja. Miss tu call dia cakap "awak masuk kerja hari Jumaat ni ok. Pakai tudung putih, seluar hitam, kasut hitam, baju kitorang sediakan", masuk pukul 6 petang ok". Begitulah dia suruh cikshaa datang masuk kerja haritu. First nak masuk kerja hari Jumaat tu berdebar-debar rasa nih, yerla tak pernah kita kerja company besar macam ni kan, Lepastu kita tak tahu kawan2 sekerja, manager macam mana. Dengan semangatnya cikshaa mintak la advice kawan2 yang selalu part time ni. Diorang cakap buat je apa yang diorang suruh nanti. Okay!

Pukul 5.45 ptg cikshaa dah gerak ke tempat kerja. Pergi awal takpe. Hilang sikit rasa nervous tu. tepat sampai sana pukul 6. Mujur la time cikshaa sampai tu customer tak ramai.Kalau tak macam orang bodoh jugak menunggu lama kat situ. Masuk je restaurant tu cikshaa terus jumpa manager. Kebetulan dia ada kat meja tu. Rupanya staff situ panggil manager tu gelaran Miss, aku bantai je panggil kak awal2 tu. Hahaha. Lepas jumpa dia. Dia bagi baju, apron and name tag. Dia suruh aku pergi tukar baju.

                                         Ni apron dan tag. Still trainee. Tak official lagi kann

Lepas dah tukar pe semua tu aku pergi la menapak balik situ. First dia ajar aku macam mana nak punch card . Nasib dia ajar. Buatnya dia suruh aku punch sendiri. mau penuh card tu aku cop. Aku dah la tak pernah buat buat benda macam tu. Lepastu staff situ panggil aku suruh aku lap sudu. Ada teknik dia tau lap sudu. Dengan cara yang cepat. Haha. Aku ingat sukati jer lap dengan cara sendiri. Nasib aku tak baik wehh masa tu. Customer macam banjir je masuk. Ramai giler. Aku ni dah menggelabah. Semua staff tengah busy. Aku ni dah tak tahu nak buatpa. So manager tu suruh aku pergi ambik bekas angkat pinggan kotor atas meja tu. Lepas pada tu dia ajar aku camna nak take order kalau cust request. Dia ajar aku nak tekan2 screen tu untuk send order kat bahagian kitchen. Angkat order lah. Satu-satu aku kena kenal nama makanan. Pergi bahagian kitchen. Tgk resit and makanan dalam dulang tu. Kalau dah complete angkat jer letak kat table yang dinyatakan.

So far, Aku boleh la follow sikit2. Lepas dah okay sikit dia suruh aku jaga bahagian depan. sambut customer. macam2 lah aku buat first day tu dengan hadap customer yang macam2 ragam.Cuma part ambik order and cashier ja aku belum belajar lagi. Kena belajar lagi. Sebab time customer tengah ramai kadang diorang nak bayar takde yang jaga. So staff situ kena tahu buat semua benda. Slow-slow belajar. Nama pun baru lagi kan. Bagi aku kerja situ memang kena sabar dan tahan mental fizikal. Penat tak payah cakap laa. Tambah bila kena part closing. Kena mengemas lah. Kedai dah nak tutup. Customer tak balik lagi. Satu hal menunggu diorang. Yerla kita nak clear meja nak cepat balik. Diorang boleh pulak sembang pasal masa depan kat situ. Sabar kena banyak. Settle lap meja mop apa semua tu dah boleh balik. Before balik tu tugas aku lap sudu garfu and susun dalam bekas ayam tu. Makanan situ tak boleh bawak balik. Nak makan, makan jer situ.

Okaylah setakat tu lah aku cerita. Nasib la aku buat part time. So 6 jam je nak penat. tu time training je k. Lepas tu akan jadi 8 jam. sbb part time kau tak boleh lebih dari 8 jam. Rest sejam. Pengalaman semua tu. Best memang best. Tapi kena sabar dan kuat mental fizikal. Okay. Thats all. I need to rest. petang i masuk kerja. Huhuuu. Semoga dipermudahkan. Aminn. Bye koranggg.

Tuesday, 1 August 2017

Suntikan Typhoid area KL

Assalamualaikum. Hye gaiss. Lama tak update nih. Okay. Harini tengah free, tengah takda class. So cikshaa nak story sikit pasal suntikan typhoid ni.

Pagi tadi cikshaa baru pergi buat suntikan ni sebenarnya. Buat suntikan ni pun sebab cikshaa nak kerja Chicken Rice Shop. So dia suruh pergi buat suntikan typhoid dulu .Mula-mula blurr la bila dia suruh g buat suntikan typhoid ni. Yerla. First time dengar. Haha. Bila tanya balik baru dia cakap suntikan untuk kerja kedai makan. Kita nak kerja kedai makanan kann. Suntikan tu sangat sangat penting dan diwajibkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia. So nak kerja KFC ke kedai makan ke, mana-mana lah yang berkaitan makanan kenalah pergi buat suntikan ni. Wajib uolls! Wajib!

Bagi yang tak tahu dan nak tahu suntikan typhoid ni apa? Okay gaiss. Suntikan typhoid adalah untuk melindungi seseorang tu dari penyakit yang dibawa dari makanan, apatah lagi orang meniaga makanan ni. Lagi-lagi la terdedah kan. Contoh pendedahan tu macam E-coli,Salmonella. Bahaya wehh! Suntikan ni jugak adalah vaksin mencegah demam kepialu atau nama lainnya Typhoid.

Okay, nak buat suntikan kat mana?? Haa meh cikshaa nak gitau. Korang yang stay area KL boleh je pergi buat dekat Dewan Bandaraya  Kuala Lumpur (DBKL) Maluri. Belakang VeloCity nuhh. Google maps jela yer kalau tak tahu. Huhuu. Situ la. Kat DBKL cikshaa pergi buat tadi harga RM 41 sekali laminate. Sekarang ni pergi buat dia tak mintak gambar pun. Korang just pergi kaunter. Nanti dia suruh isi borang kuning untuk yang ada IC. Untuk warga asing borang putih. Then lepas siap isi, pergi kaunter nanti dia mintak ic dan dia suruh tunggu giliran. Sekejap je kalau orang tak ramai time tu. Then pergi kaunter 1 untuk buat pembayaran. then baru dia panggil buat suntikan. Lepas suntikan pergi ambik kad kat kaunter 3. Dapat lah kad ala2 IC sikit kad tu. Cuma takda gambar je. Sekejap ja kann.  Then boleh balik. Huhuu

Sebelum terlupa kalau you alls nak buat dekat swasta pun lebih kurang. Kalau Klinik Medivron tak silap RM 64. So pilih lah mana2 yang korang rasa nak g suntik.
Baru nak snap gambar kad tu tadi. cikshaa lupa. Lepas buat tu terus cikshaa pergi chicken rice shop tempat yg cikshaa nak kerja. Pergi bagi terus. Haha. Semangat.

Okay lah. tu je cikshaa nak share. Apa2 pertanyaan ke apa boleh la drop kat comment or mesej me ok. Bye koranggg. Penat kena cucuk. Huhuuu





 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.