Friday, 20 September 2019

Pengalaman Kerja Promoter Kedai Jewellery

Hollaa. Assalamualaikum gaiss :)

Harini topic kita aku nak bercerita pasal pengalaman aku kerja promoter dekat Angelo Jewellery.
Aku as Part Time je kat situ. Sebab aku since study. Nak cari duit lebih katakan. So my housemate info cakap manager nak cari part time sorang kat situ. Keesokkan nya terus aku pergi jumpa manager untuk iv dan minggu tu jugak aku masuk kerja. Alhamduillah! Sebab masa tu mmg cari kerja pun nak cover final project punya pasal.

First kerja tu ada sorang full time and sorang part time. Nak diceritakan kat sini aku start kerja awal November. dan lama babe aku kerja. 5 bulan . Ok la tuu. Sebelum ni takda la sampai lama macam ni. Sebab apa aku kerja situ lama? Sebab besttt, jiwa aku ada dalam bekerja kat situ. Manager baik gilaa. Sporting. Chinese. Aku ada staff fulltime yg baik. Masuk air.

Walaupun kerja tu kiosk kecik je tapi banyak wehh kena ingat. Belajar slow slow. lama2 mesti pro. Sebab awal2 aku masuk, nak kena tahu pasal silver. Pastu berapa percent untuk bangle, berapa percent untuk rantai, cincin etc etc.

Pastu belajar pasal how to handle system point of sales. Macam mana nak guna mesin kad debit/kredit  tu, Lepastu seminggu tu memang budak full time tu ajar aku nak opening dan closing. Sebab next time aku kena buat semua sensorang. Kau ghaseee.

Aku kerja Sabtu Ahad je. Kenkadang kerja weekday kalau takda class. Tapi jarang la sebab budak fulltime ada melainkan dia cuti dan aku free. Kalau aku ada class dan budak full time cuti, manager akan ganti kerja.

Situ aku banyak belajar how to attract customer beli barang kita. Ada oneday aku kerja sorang, Aku dapat buat sales dekat 1k pagi tu saja. Sebab customer dari Singapore beli. Situ susah sikit nak achieve sales sebab mall tu kureng org. So nasib nasib jela kalau ada.

ni gambar masa aku kena paksa belakon. 

Yang bestnya kerja situ sebab kawasan dia public. So selalu nampak artis2 shoot area mall tu. Oneday aku kerja sorang dan terkena lah sebab diorang nak guna tempat aku utk shooting. Aku pun call la manager mintak permission. Gila kauu. Ingat kedai aku ke apa nak suka suka hati bagi org luar masuk kawasan tu. Dah la ada duit bagai.So aku layankan jela geng2 drama ni. Berlakon je. Jadi seller je. 

Ok lah tu je nak cerita sebenarnya. Sekian..

Sunday, 15 September 2019

Interview SPA8i Pembantu Tadbir Gred N19

Assalaualaikum semua,

Dah macam chipsmore sekarang nak update blog. Haihh.

Harini aku nak story mory pasal interview yang aku pergi last week. Ceritanyahhh begini. Aku ni apply SPA8i since umur aku 18 tahun lagi. Masa form6 dulu. Pastu terbiar macam tu. masa 2019 time aku internship baru terdetik nak update balik segala details. So update balik lah jawatan-jawatan apa yang bersesuaian dengan aku kan.

Dari serendah-rendah jawatan sampai setinggi tinggi jawatan aku apply. Redho jala dapat ke idok. Tahun ni rezeki aku barangkali dapat la emel mengatakan aku ni kena buat ujian untuk melayakkan aku dapat iv ke tak. Gomen kann. So aku pun try lah jawab exam, nasib baik ada member kerja kedai buku aku tolong jawabkan sekali. Kebetulan masa tu aku tengah kerja part time kedai buku, nasib manager aku baik bagi jawab exam kan. Gigih lah seorang meksyaa menjawab.

Dah berminggu lepas jawab exam tu , aku dapat emel kena p iv dekat Perlis, Aku pun excited lah nak p iv kan. Time tu tak kerja lagi. So free sgt. Beli tiket terus balik kg. Masa kejadiannn....

Tiba lah 10/9/2019 - Interview SPA8i (Pembantu Tadbir Gred N19)

Aku kena iv dekat location Pejabat Projek Persekutuan Jabatan Pengairan dan Saliran, nak dijadikan cerita malam sebelum iv tu aku mati mati la ingat iv dekat office JPS dekat Denai larian tu, nasib pagi-2 nak pi iv tu tak terjah p sana. Kalau tidak baziaqq minyak motor aku.

Rupanya office dia dekat sebelah JKR ja. Masuk lorong tu nampal kedai D'dapur Ibuku dan taman tu sikit. Office terceruk kat belakang. Bangunan JPS lama agaknnya. tak pernah tau sepanjang jadi org peghelih ni. haha

Document prepare dah malam tu sebelum p iv sesuai lah dengan yang diminta dalam surat temuduga tu, Masa aku p iv tu aku sampai dalam pukul 9 macam tu. Iv aku pukul 10pagi. P awai sebab kepala otak pikiaq mesti ramai gilaa. Aku sampai ja park motor. And kena p check nama dekat pintu masuk tu, aku dapat bilik iv LTD 3. So terus pi depan bilik tunggu situ. Depan bilik iv tu ada staff akan check document kita lengkap ka tak. Aku ni p la check document dulu. Dapat turn 17. Masa kejadian ada ka pulak lupa bawak sijil kelahiran ori. Loll. Hampeh betul kau ni shaa. nasib abg tu kata takpalaa. P duduk depan bilik tu tunggu turn.Masa tunggu turn kena alert bunyi Ketinggg! Loceng berbunyi menandakan seorang kena masuk dlm bilik lepas sorang dah settle. Tunggu dia tekan loceng dulu baru masuk. PAstu mulut tu kena rajin tanya lah yang peserta keluar bilik iv tadi turn berapa sebab diorang takda bgitahu sekarang dah turn berapa. So mmg kena alert la. Manual ja semua.

Aku pun menanti lahh depan bilik LTD3. Ramai gila wehh nak iv. Ada laa dalam 80 or 90 org  dlm office tu. Listing nama dekat luar ada dlm 100++ peserta. Tu baru sesi time tu. Awal2 tadi aku tegur brader sorang tu sebab dia baru habis iv. Aku tanya dia iv pukul berapa, dia cakap pukul 8pagi. Means harini punya iv ada banyak sesi la. Dan sesi aku 10pagi. Korang bayang lah harini berapa orang yang iv. Hahaha

Dan masa tengah tunggu iv tu, aku ni membawang lah dulu, Ada sorang budak ni cakap staff situ bagitau dia kekosongan hanya 2 kosong sahaja. So standard la kalau p iv ramai2 sedangkan nak pakai 2 org ja. Redhoo jala sapa terpilih. hukhukk

....

Dan turn aku dah sampai. Dengan baiknya sha bangun dan ketuk dulu pintu nahh. Pastu bagi salam. Masuk ja bilik tu ada sorang penemuduga. Aku dapat perempuan. Lembut ja. Dia suruh aku duduk . Pastu dia minta document yang dah check tadi. Bagi ja semua dekat dia. Dannn, dia tak mintak pun nak tengok salinan ori. Time korang aku taktau la. Tapi prepare jela. Time aku iv haritu dia just minta salinan ja.

Dah bagi document semua tu, aku pun duduk la dekat kerusi yang disediakan. First soalan dia tanya aku,

"Cerita pasal diri awak". Aku pun blabla bebel pasal aku, belajaq mana lah apalah. Dia tanya aku adik beradik berapa orang, sekolah berapa orang semua. Ok dahh. Lepastu soalan kedua,

"Awak ada degree, kenapa apply jawatan ni?"  Begitulah soalan dia. Aku pun jawablah itu ini semuaa. Sebab resume aku ada degree kan. So dia soalkan lahh. Masa aku apply jawatan ni pun aku tak expect nk dipanggil. Dan aku apply since form6. Masa dapat iv dah habis belajar degree.

Soalan seterusnya, "Terangkan dekat saya apa yang awak faham dengan jawatan PT N19 ni?"
Aku pun jawab lah apa yang aku faham dengan jawatan ni.

Soalan seterusnya, "Kalau awak dapat jawatan ni, dan dalam masa yang sama awak dapat jawatan yang bersesuaian dengan qualification awk, mana awk nak pilih?". Dia bagi ayat physco wehh. hahaha. AKu pun jawab lahh. Semua aku jawab dgn berhemah. Tapi cara dia tanya tu aku dah tau, dia takmau budak degree mcm aku. Dah reject awal dah. haha. I is redhoo. Biasa laa. Nak cari pengalaman interview gomen macam mana kan, dan taknak nama kena banned. So aku attend jela iv. Cuba nasib walaupun tahu kurang bernasib melainkan tiang elektrik dan bersambung dengan line yang okey. Hekkk. Paham lah maksud aku sendiri.

Dalam 15 minit ja aku iv, dia lebih kepada borak-borak macam tu. Lepastu dia tanya aku, "ada soalan nak tanya ke?'. Aku kalau bab tanya soalan ni mesti la ada. Aku tanya dua soalan ja. Pastu settle, Cakap terima kasih lepastu aku salam dengan dia and keluar dari bilik tu. Tapi penemuduga aku baik sgt, Lembut ja. Orang cakap perempuan cerewet kan. Tapi dia tak. Dia senang ja. Tanya soalan pun simple2 ja. Dah penat agaknyaa. hahaha. Sapa yang dapat bilik iv macam aku. Semua sekejap ja. Tapi bilik iv yag lain macam lama sikit. So luck aku dapat iv dengan penemuduga yang okay ni. Dan dia tak tanya pun pasal ekonomi ke. isu semasa ke. Time aku nasib lahh tak dapat soalan mcm tu.

Keputusannya tunggu sahaja la. Kekosongan 2 sahaja. Dan bekerja di Jabatan Kerajaan di Perlis sahaja. Tengok mana yanga ada kekosongan. Tak berharap sangat pun. Ni first iv gomen yang aku pergi. Pengalaman sangatttt. Hahaha

Sekian sahaja entri aku, terima kasih sudi membaca. Dan goodluck untuk korang yang bakal iv nanti :)




 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.